Saturday, January 15, 2011

PHD -Perasaan Hasad Dengki

Semua org mesti ada perasaan tu kan?. Tapi ianya terpulang pada individu itu sendiri bagaimana nak mengawal perasaan tersebut. Kata orang, biarlah kita dengki untuk atau atas dasar kebaikkan. tak salah kalau nk dengki tapi biarlah positive jangan negative. so, napelah aku nk tulis pasal dengki mendengki ni kan?...nak dijadikan cerita, disebabkan dengki ni lah manusia sesame manusia boleh berbalah. Kenapa nk cetuskan perasaan marah dengan memburuk-burukan nama orang lain? dan kenapa nk sibuk sangat nk jaga tepi kain orang lain,kemudian ceritakan kepada orang lain perkara yang kita sendiri tak tahu adakah perkara itu sah atau tidak.

Lagi best kalau org yang memburuk2kan orang tu datang yang dari latar belakang yang bagus, jaga solat, jaga agamanya tapi hobinya/perangainya sama sekali tidak serupa dengan imej yang ditonjolkan..macam mane tu?. jadi, rasenya adalah lebih baik sekiranya perangai seseorang itu selari dengan imej yang ditonjolkan...janganlah sembunyikan peranagi yang tidak baik disebalik imej anda tu. Aku cuma berharap agar insan ini cepat mengubah perangainya selagi masih boleh. Jangan nanti bila semua orang dah tahu perangai sebenar,malu kot....

 Tips2 mcm mane nak hindari hasad dengki :

1. Rendahkan diri kepada ALLAH dan banyakkan berdoa:
Allhummahdi qalbi waslul sakhiimati sodri 
Maksudnya: “Ya ALLAH, tunjukkan hatiku ke jalan yang benar dan keluarkan segala penyakit hati dari diriku.”

2. Kajilah al-Quran dan banyakkan membaca ayat-ayat berkaitan hasad. Mudah-mudahan hati bergetar dan menambahkan ketakutan dalam diri.

3. Banyak membaca sejarah kehidupan Nabi s.a.w tentang cara baginda menjauhi sifat itu seperti Kitab Nurul Yakin fi Sirah Sayyid al-Mursalin.

4. Membaca kisah para sahabat mengenai adab dan akhlak mereka seperti Kitab Suwar Min Hayat al-Sahabah, karya Abdul Rahman Ra’fat al-Basha.

5. Apabila syaitan cuba menimbulkan perasaan itu dalam diri kamu, segeralah membaca isti’azah.

6. Jangan risau kejahatan yang dimainkan oleh hati kerana ia tidak dihisab.
   Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah r.h berkata:

  “Tidak dihisab terhadap apa yang dimainkan dalam diri manusia. Tetapi, dia dihisab atas apa yang dikatakan atau dilakukannya.” 

7. Banyak memberi hadiah dan salam kepada orang yang dihasad untuk menimbulkan perasaan sayang.

No comments:

Post a Comment